Syn On Jun 4, 2013


Assalamualaikum,
Kali ini gua nak senaraikan jenis-jenis keyboard yang ada kat dunia ni.Gua tak tahu kalau ada lagi,mohon komen jika terlepas seseuatu.

Apakah itu keyboard?
-Keyboard atau dalam bahasa melayu peranti kekunci ialah peranti yang selalu digunakan untuk memasukkan data (teks) dan mempunyai berbagai bentuk , gaya , saiz , bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci.
-Bilangan kekunci sesebuah keyboard biasanya 101.Bergantung kepada jenis komputer.
-Kekunci F1-F12 selalunya digunakan untuk perisian 

Terdapat 7 jenis rekabentuk keyboard iatu :

1) QWERTY


-Susun atur huruf berdasarkan mesin taip (typewriter) .
-Kekunci yang paling sering ditekan terpisah letaknya sejauh mungkin.
-Beban tangan kiri lebih besar dari tangan kanan (56%)
-Keyboard QWERTY sering digunakan pada zaman kini.

2) DVORAK


-Susun atur kekunci dibuat menurut penggunaan kekunci.
-Kekunci yang selalu digunakan akan dioletakkan di tempat yang mudah dicapai.
-A,E,I,O,U diletak sebelah kiri dan D,H,T,N,S di sebelah kanan.
-Lebih ergonomik 
-Lebih effisien 10% - 15 % dibanding dengan QWERTY.

*Ergonomik ialah kajian membuat sesuatu peralatan mesra pengguna dan kurang menyebabkan pengguna dan lebih ergonomik.

3) ALPHABETIK


-Susunan hurufnya berturutan seperti pada urutan alphabet.
-Biasanya banyak ditemui pada mainan kanak-kanak
-Membantu kepada pengguna yang kurang mahir menaip
-Kelemahan - memperlambatkan kecepatan menaip kepada yang mahir

4) MALTRON


-Agak cekung ke dalam supaya menaip jari-jari tidak membentuk garis lurus .
-Disesuaikan dengan tangan untuk menjamin keselesaan semasa menaip.
-Tidak menyebabkan RSI (Repititive Strain Injury )
-Meningkatkan kecepatan menaip

5) KLOCKENBERG


-Memisahkan kedua bahagian keyboard (kiri dan kanan).
-Bahagian kiri dan kanan dipisahkan kepada sudut 15 darjah dan curam ke bawah.

6) CHORD


-Hanya mempunyai 4-5 butang
-Untuk memasukkan suatu huruf perlu menekan beberapa butang secara serentak.
-Sesuai untuk aplikasi mudah alih.
-Kecepatannya tinggi
-Kurang popular,kerana penggunaan yang lama akan menyebabkan keletihan pada tangan.

7) NUMERIK


-Untuk memasukkan bilangan dalam jumlah yang besar.
-Tata letak butang-butang boleh dicapai dengan mudah menggunakan jari.

Sekian itu sahaja

-Original by Author-





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Radio