Syn On May 18, 2013


Assalamualaikum,
Kali ni gua akan cerita pasal sistem pengoperasian sebab peperiksaan pon masuk benda alah nih.
Jadi gua pon nak share tentang benda alah nih.

Definisi

-Sistem Pengoperasian juga dikenali sebagai OS (Operating System )
-Satu set program yang mengandungi arahan yang mengawal dan menyelaras perkakasan,menyediakan antaramuka pengguna dan membolehkan aplikasi dipasang dan digunakan.

Fungsi Sistem Pengoperasian 

-Hidupkan dan matikan komputer .
-Menyediakan antaramuka pengguna (user-interface) ~ membolehkan pengguna berinteraksi dengan perisian (programs)
-Menguruskan program ~ menguruskan program yang dibuka oleh pengguna.Pengguna boleh menggunakan banyak pada satu jangkan masa.
-Menguruskan memori ~ mengawal dan menguruskan RAM agar dapat digunakan secara optimum.
-Menguruskan perkakasan ~ sistem pengoperasian akan menyelaras dan menjejaki setiap perkakasan .Arahan akan diberikan kepada perkakasan berdasarkan arahan dari pengguna.

Jenis Sistem Pengoperasian 
Sistem Pengoperasian terbahagi kepada empat iatu :

-Satu Pengguna ~ Pelbagai Tugas
~>Pelbagai tugas / program dapat dibuka serentak.

~>Contoh Sistem Pengoperasian : Windows 7 , Mac OS , Linux.


-Ramai Pengguna ~ Sistem Pengoperasian Rangkaian

~>membolehkan ramai pengguna menggunakan sumber komputer secara serentak.
~> Pengguna hanya disambung menggunakan skrin paparan dan papan kekunci.
~>Contoh Sistem Pengoperasian : Windows NT , Windows 2000 Server , Linux.


-Satu Pengguna ~ Satu Tugas 

~>Menguruskan agar pengguna dapat melakukan dengan efektif hanya satu tugas sahaja .
~>Contoh Sistem Pengoperasian : Android , iOS , Windows Mobile


-Sistem Pengoperasian Masa Nyata
~>Biasanya digunakan untuk mengawal mesin di kilang , sistem industri ataupun peralatan saintifik yang memerlukan ketepatan.
~>Tidak digunakan untuk komputer di rumah.

Sistem pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer.Ianya mempunyai lima funsi penting dan terdiri daripada empat jenis sistem pengoperasian.

-Original by Author-

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Radio