Syn On May 19, 2013

Assalmualaikum,
Terus ke tajuk asal.

Apakah itu Malicious Code ?
Malicious Code atau dalam bahasa melayu , Kod-Kod Jahat adalah ancaman kepada sebuah komputer yang memberi kesan kepada seseorang pengguna.Kesan ini disebabkan oleh sebuah "agen" yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk merosakkan.

Siapakah agen malicious code ini?
Agen malicious ini ialah mereka yang menulis kod ini atau orang yang menyebabkan kekcauan etrhadap sesebuah perisian (programs) .

Terdapat banyak jenis malicious code tetapi saya akan menulis 5 yang terkenal sahaja.

1- Virus
~>satu perisian (program) yang dapat menyebarkan malacious code ini ke perisian yang lain dengan mengubah kandunganya
~>bergerak sendiri ke sebuah file perisian seperti extension .exe , .xls , .doc , .rar dan .zip .
~>boleh memusnahkan atau menyalin dirinya dengan mana-mana perisian.
~>mampu mangawal alih sebuah sistem komputer dan menyebarkan ke lain sistem dengan kemahuan "agen" tersendiri.

2- Trojan Horse
~>Sebuah perisian boleh menjadi sesuatu yang baik ataupun tidak.
~>harus dipasang oleh pengguna atau penceroboh sebelom terdapat kesan ke atas sistem.
~>Contoh "Trojan Horse" ialah sebuah login skrip yang memerlukan pengguna login ID dan password.
~>Dan maklumat itu disalahguna untuk tujuan yang tidak baik.

3- Logic Bomb
~>Logic bomb ialah malicious code yang bergerak denganmasa yang tertentu.
~>Contoh yang boleh diberi ialah time bomb.
~Logic bomb oleh memberi ancaman kepada sesebuah sistem mengikut masa yang tertentu yang telah ditetapkan oleh seseorang itu.



4- Backdoor / Trapdoor
~>sebuah program / kod yang boleh mengakses sesebuah perisian / sistem dengan senyap tanpa disedari oleh seseorang pengguna.
~>penggodam sering memasang backdoor/trapdoor untuk mengambil alih sesebuah sistem / pelayan (server).

5- Worm
~>satu perisian yang menyalin dirinya dan merebak diri sendiri ke sistem yang lain melalui rangkaian internet

Orang ramai sering menganggap Worm dan Virus adalah sebuah perisian yang sama.Dengan ini saya menyatakan bahawa ia adalah lain sama sekali.
Saya akan menunjukkan perbezaan antara Virus dan Worm

Worm
-beroperasi melalui rangkaian internet .
-menyalin diri sendiri seperti dia perisian yang original.

Virus
-boleh disebar melalui apa-apa keadaan.
-menyalin dirinya ke perisian dan pergi ke perisian yang lain.

Jadi siapa yang bertanggungjawab membuat virus?
Adakah ia memang telah ada pada zaman dahulu?
Saya beranggap bahawa dev antivirus yang bertanggungjawab.Kalau salah maafkan saya.

Sekian dari saya.

-Original by Author-

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Radio