Syn On May 22, 2013

Assalamualaikum,
Kali ini gua akan ajar cara install php di dalam Windows.
Permintaan dari sedara Islamku *Abu bakar .


Apa itu PHP?

PHP adalah bahasa skrip yang amat sesuai untuk pembangunan laman web dan boleh di dibenamkan(embed) ke HTML.


Perbezaan PHP dan HTML

HTML biasanya digunakan hanya untuk paparan yang statik, dengan kata lain paparan yang datanya tidak perlu berubah2. banyak platform yang dipasarkan untuk membina laman berformat HTML. bahkan kita boleh membangunkan paparan HTML melalui notepad atau pun menggunakan microsoft word (jarang orang mengetahuinya).

Manakala PHP pula dibangunkan untuk paparan yang datanya berubah2 seperti harga sesuatu barang yang tidak tetap sepanjang masa, membolehkan data disalurkan melalui database, melakukan kira2 dan sebagainya. PHP juga boleh digabungkan dengan HTML di mana sesebahagian dalam paparan tidak memerlukan perubahan dan sebagainya yang melibatkan database boleh saja kita kekalkan dalam kod bahasa HTML cuma kita perlu gabungkan dengan sedikit kod bahasa PhP di bahagian yang berubah2 dengan fungsi "include" dari kelebihan PHP.

*Petikan asal dariZulfaqar - Apa itu PHP

Mari kita ke tajuk asal.

Mula-mula muat turun (download ) PHP di http://windows.php.net/download/#php-5.4
Note:Kepada yang sudah install XAMPP di dalam windows tidak perlu install PHP kerana di dalam folder C:\xampp\php sudah ada PHP.

Selepas habis download extract folder  itu ke C:\ dan rename ke php
Note:Terserah nak letak dimana boleh juga di Desktop



Okay sudah selesai.
Sekarang kita ke pegi Start Menu dan right-click Computer dan pilih properties


Klik Advanced systems settings di belah kiri
Kemudian pilih Environment Variables seperti gambar di bawah


Pilih Path di dalam kotak System Variables dan klik Edit


Sekarang tukar ke ;C:\php di dalam kotak variable value seperti di gambar
Note:
Kepada yang sudah install xampp sila tukar ke ;C:\xampp\php dan pastikan ada ";"di permulaan.


Tekan OK dan PHP sudah terinstall di komputer korang
boleh cuba di cmd.exe dan cuba command php seperti - php 123.php

Sekian dari saya

-Original by Author-


{ 3 comments... read them below or Comment }

  1. memang cenggini ke syn??

    http://prntscr.com/178vfi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup
      extract dlu pastu rename php pastu bawak ke C:\

      Delete
    2. bro... mcmne plak nak install/enable curl slps dah hbs install php...???

      Delete

Radio