Syn On Jun 4, 2012


Assalaumualaikum dan Salam 1 Malaysia 
Dah Lama Dah x Update Blog Nih Sbb Exam
Kali Ni Kita Akan Bincangkan Tentang Perbezaan KDE & GNOME
Bagi Newbie Yang Tidak Tahu Perbezaan Nyer Macam Syn,
Jom Kita Kenali Nyer

Baiklah.Kita Jadikan Contoh Sebagai Dua Distro Yang Terkenal Iatu Ubuntu dan Kubuntu.

Benda Ni Hanya Untuk Sekadar Pengetahuan Ye Sayang Bukan Utk Membandingkan Antara Dua Distro Nih
Mari Lihat Perbezaanya

Perbezaan Utama:Paparan Asal


Sepertimana yang kita dapat lihat di atas (kanan=ubuntu,kiri=kubuntu), perbezaan ketara dapat dilihat ialah warna tema distro itu sendiri. kubuntu hadir dengan warna biru dan hitam (asal), manakala ubuntu pula hadir dengan warna coklat dan perang (asal). kubuntu mempunyai satu toolbar pada bahagian bawah skrin, dan mempunyai satu sahaja menu. Bagi ubuntu pula, ia mempunyai dua toolbar, iaitu pada bahagian atas dan bawah skrin, dan dipecahkan kepada tiga menu utama, iaitu Applications, Places dan System.

Perbezaan Kedua:Navigasi Menu
   


Dalam KDE (kubuntu), terdapat menu yang dipanggil KMenu, yang mana digunakan untuk mengakses semua program yang terdapat dalam kubuntu. Sebagai contoh, jika anda ingin pergi ke folder Documents, hanya perlu klik KMenu>Documents>Open untuk membukanya.  Berbeza pula dengan gnome(ubuntu), gnome datang dalam tiga butang navigasi berlainan (boleh ditukar kepada satu butang sahaja), iaitu butang aplikasi (Applications), butang lokasi (Places) dan butang sistem (System). Jika anda ingin ke folder Documents sebagai contoh, anda hanya perlu klik Places>Documents sahaja. Mudah bukan? 


Perbezaan Ketiga:Penamaan File dan Folder



Buat pengetahuan anda, kedua-dua KDE & GNOME menggunakan butang F2 untuk penamaan fail dan folder. Akan tetapi, dalam versi KDE yang lama, penamaan fail atau folder membabitkan keseluruhan nama fail tersebut, sebagai contoh: index.php. Ini bermakna kita dapat menukar extension fail tersebut kepada apa sahaja bentuk yang kita kehendaki, seperti index.html dan sebagainya. Berbeza dengan KDE baru, kita hanya dibenarkan menukar namanya sahaja, bukan extension. Oh ya, penukaran nama fail dan folder akan hadir dalam bentuk popup window.  Dalam GNOME pula, penukaran nama fail dan folder tidak membabitkan sebarang kehadiran popup. Hanya tekan F2 pada fail atau folder yang dikehendaki, tuliskan nama yang anda mahu dan tekan ENTER. Mudah, cepat dan kemas.

Perbezaan Ketiga:Proses Shutdown



Dan yang terakhir ingin saya kongsi di sini ialah, cara untuk Shut Down kedua-dua distro ini. Kita mulakan dengan kubuntu terlebih dahulu. Untuk shut down, kita perlu menekan KMenu>Leave. Saya kurang pasti, sama ada KDE4 atau kubuntu sahaja yang mempunyai sistem ini, tetapi kebiasaannya, jika anda Leave, anda juga diminta untuk menutup Terminal Maya (Virtual Terminal). Bagi otai-otai yang biasa menggunakan Terminal Maya ini, saya rasa anda tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam memahami Terminal Maya ini. Bagi newbie seperti saya, ianya merupakan permulaan bagi satu masalah baru.....

Dalam ubuntu (GNOME) pula, cara untuk shut down mudah difahami. Sistem shut down ia juga telah diubah kepada satu applet, yang mana ianya memudahkan pengguna GNOME. Anda hanya perlu menekan applet tersebut dan pilih butang Shut Down...

Kesimpulanyer La Adess...

Kedua-dua distro ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ramai pengguna KDE menyokong fungsi yang ditawarkan di dalam kubuntu. Manakala pengkritik kubuntu pula menyatakan bahawa menunya agak memeningkan.

Begitu juga dengan ubuntu. Terdapat peminat-peminat dan tidak kurang juga pengkritik distro ini. Dan topik bagi peminat dan pengkritik juga tidak lari, kebolehgunaan dan rupa bentuk distro itu sendiri, sama seperti kubuntu.

Akhir kata, TEPUK DADA, TANYA SELERA...Yang manakah menjadi pilihan anda? Syn Mengesyorkan Kalau Yang Newbie Cam Syn , Pilihla GNOME Kerana Ia Lebih Mudah dan Senang Untuk Digunakan.Assalamualaikum.

Ditambah dan Diedit Sedikit Untuk Dimudahkan Untuk Pembaca Blog Syn...
Sumber Sebenar Disini

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Radio